[VIDEO] Legenda badminton 'gaduh' di TikTok?

Dua bintang legenda badminton bakal 'berentap' secara langsung di TikTok.
Dua bintang legenda badminton bakal 'berentap' secara langsung di TikTok.
A
A
A
Dua bintang legenda badminton bakal 'berentap' secara langsung di TikTok? Biar betul?

Ya betul!

Kedua-dua bintang dari negara berjiran ini bakal bertemu peminat mereka buat julung kalinya secara langsung menerusi aplikasi TikTok pada 22 Jun 2022 iaitu Rabu depan, pada jam 9 malam.

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini menggunakan aplikasi TikTok untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dalam sukan badminton selepas secara rasmi membuka akaun di platform itu.

Kehadiran Chong Wei menggunakan platform TikTok nampaknya membuatkan warganet teruja.

Ini merupakan satu peluang keemasan untuk anda mengenali Datuk Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat dengan lebih dekat lagi.

Dianggap sebagai salah satu sukan paling popular di Malaysia, peminat badminton telah mengumpulkan sokongan di TikTok dengan hashtag #badminton menerima lebih 280,500 jumlah muat naik video dengan tontonan 5.7 bilion.

Tanyakan soalan yang bermain di minda korang menerusi satu video TikTok yang disertakan dengan hashtag #BadmintonLegendsLIVE

Save the date tau!
@sinarharianonline Apa kes pula ni guys! #fyp#TrendingNewsMalaysia#BuletinTikTok#TikTokNews#LeeChongWei#TaufikHidayat#Badminton#BadmintonLegendsLIVE Malaysia Satu - AMP
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!