Peniaga rugi lebih RM500,000 diperdaya pelaburan tidak wujud

Wanita berusia 35 tahun telah terima pesanan dari aplikasi Whatsapp daripada seorang lelaki tidak dikenali pada 14 Februari lalu. - Foto hiasan 123RF
Wanita berusia 35 tahun telah terima pesanan dari aplikasi Whatsapp daripada seorang lelaki tidak dikenali pada 14 Februari lalu. - Foto hiasan 123RF
A
A
A

SEREMBAN - Seorang peniaga kerugian lebih RM500,000 akibat diperdaya dengan tawaran keuntungan lumayan skim pelaburan tidak wujud melalui aplikasi 'RRR.68 club'.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, mangsa wanita berusia 35 tahun telah terima pesanan dari aplikasi Whatsapp daripada seorang lelaki tidak dikenali pada 14 Februari lalu.

"Skim itu menjanjikan keuntungan yang besar dan mangsa telah bersetuju untuk membuat pelaburan.

"Mangsa kemudian telah membuat 52 transaksi kemasukan wang berjumlah RM583,555.00 ke dalam 13 akaun yang berbeza," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Sabtu.

Menurutnya, transaksi itu dilakukan bermula dari 15 Februari sehingga 23 April lalu.

Bagaimanapun katanya, mangsa menyedari diperdaya selepas 25 Mei lalu kerana mendapati aplikasi pelaburan itu tidak dapat diakses

"Atas sebab itu mangsa berasa ditipu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Pelanduk, pada 16 Jun lalu," katanya.

Tambah beliau, orang ramai diminta supaya lebih berhati-hati dengan sebarang skim pelaburan yang menawarkan pulangan yang tidak masuk akal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!