Rasuah: Pegawai penguat kuasa direman sehari berhubung kad UNHCR

SPRM
SPRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penguat kuasa sebuah agensi kerajaan direman sehari bagi membantu siasatan kes rasuah RM1,000 berhubung kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) milik seorang pekerja.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Syafiqah Noorinda di Lokap Berpusat Dang Wangi di sini pada Sabtu.

"Suspek yang berusia 32 tahun ditahan sekitar Sentul pada kira-kira jam 10 malam semalam,” katanya.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta RM1,000 daripada seorang pemilik kedai sebagai balasan memulangkan kad UNHCR pekerjanya yang diambil semasa pemeriksaan di premis itu pada 17 Mei lepas kerana disyaki penagih dadah.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab Rahman mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!