Azeem kembali ke landasan kemenangan
BINTANG pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi kembali semula ke landasan kemenangan apabila mengungguli acara akhir 100 meter (m) dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perak di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu.
Pelari pecut yang mendapat nama julukan ‘Usain Bolt Malaysia' mencatat masa 10.28 saat (s), rekod baharu kejohanan sekali gus memadam rekod lamanya 10.37s semasa saringan Kejohanan Olahraga Kuala Lumpur Allcomers di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, April lalu.
Atlet berusia 18 tahun itu meninggalkan pemegang rekod 100m kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan (10.80s) diikuti Muhammad Raimi Mustafa Kamal (10.87s).
Kejayaan dilakar Muhammad Azeem secara tidak langsung petanda positif selepas melakukan kesilapan ‘false start’ semasa aksi separuh akhir 100m Sukan SEA 2021 Hanoi pada 18 Mei lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!