Buaya kacau pengunjung pantai

Buaya yang mengganggu para pengunjung sebuah pantai di barat Mexico baru-baru ini. - Foto YouTube/Mike Skvortsov Real Estate TV
Buaya yang mengganggu para pengunjung sebuah pantai di barat Mexico baru-baru ini. - Foto YouTube/Mike Skvortsov Real Estate TV
A
A
A

BANDAR RAYA MEXICO - Kemunculan seekor buaya besar sepanjang 4.57 meter telah menimbulkan ketakutan kepada pengunjung sebuah pantai di Mexico baru-baru ini.

Ini kerana haiwan itu kerap muncul dan berenang di kawasan tepi pantai barat Mexico yang terletak hampir 200 kilometer dari Guadalajara.

Seorang pelancong, Paul Purdy dan tunangnya, Caroline Morris memberitahu akhbar The Sun bahawa mereka pertama kali melihat buaya itu di perairan Pasifik pada Sabtu lalu.

Pasangan itu menginap di Hotel Riu Vallarta di Nuevo Vallarta.

Purdy yang merupakan seorang bekas anggota bomba memberitahu akhbar itu bahawa seorang penyelamat meniup wiselnya untuk memaklumkan orang ramai di pantai tentang bahaya ketika buaya itu berenang dekat dengan pantai.

Di Mexico, terdapat populasi buaya air masin yang boleh membesar sehingga lebih enam meter panjang di wilayah itu.

Reptilia tersebut sering beralih dari rizab semula jadinya akibat gelombang ribut dan boleh sesat ke pantai berdekatan.

Pelancong British telah mengkritik pihak hotel dan firma pelancongan kerana tidak menutup akses ke pantai lebih awal selepas buaya itu mula-mula dikesan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!