Tak wajar tunduk hingga lupa hak ALLAH

Dr Khairuddin Aman Razali
Dr Khairuddin Aman Razali
A
A
A

KUALA NERUS - Negara yang mengamalkan Islam berlandaskan sunnah tidak wajar tunduk kepada pejuang kebebasan hak asasi manusia tanpa batas sehingga lupakan hak ALLAH.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sebagai sebuah negara rujukannya adalah Islam.

"Kita tidak boleh tunduk dan mengikut kehendak para pejuang hak asasi, mereka lupa untuk meletakkan hak ALLAH, disamping hak manusia.

“Bezanya Islam, ia akan membincangkan soal hak manusia dan hak ALLAH. Maka, Malaysia sebagaimana acuannya, iaitu Islam agama Persekutuan, mesti merujuk kepada nilai Islam," katanya.

Menurutnya, segala perbincangan berkenaan hak asasi manusia, perlu merujuk kepada al-Quran dan hadis yang menjadi rujukan tertinggi sesebuah negara Islam.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam kumpulan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) malah membidas beberapa pemimpin politik yang seolah-olah memberikan sokongan terhadap kumpulan berkenaan.

“LGBT mesti dikecam. Adapun memberikan hak kepada individu-individu atas nama rakyat, itu adalah hak kemanusiaan yang mesti kita berikan. Tapi bukan hak dalam bentuk kelompok atau kumpulan yang menamakan mereka sebagai LGBT.

“Saya sangat bimbang, kerana ada kalangan pimpinan di negara kita ini yang seolah-olah menghalalkan dan menyukai amalan songsang seumpama ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Mohd Khairuddin berkata, menegaskan bahawa hal itu penting supaya gejala sosial dalam masyarakat Malaysia pada hari ini dapat dibanteras dan dibendung kerana ia boleh merebak dan menjadi semakin parah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!