PM merafak sembah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda ke-80 pada Ahad.
Ismail Sabri menzahirkan ucapan itu kepada baginda menerusi akaun Facebook rasminya.
"Patik mendoakan mudah-mudahan dilanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff.
"Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Ampun Tuanku," katanya.
Bersempena Hari Keputeraan baginda, seramai 62 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!