Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang

No Image Caption
A
A
A
Keunikan masyarakat peranakan Baba dan Nyonya di Pulau Pinang mungkin kurang dikenali, namun komuniti itu masih wujud dalam kalangan penduduk negeri itu yang kaya dengan pelbagai budaya dan warisan tersendiri.

Penang Peranakan Mansion atau Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang merupakan rumah orang kaya peranakan di Lebuh Church yang kini dijadikan sebagai muzium koleksi barang-barang antik Baba dan Nyonya. Ia merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Pulau Mutiara.

Rumah Agam Peranakan ini dibina pada akhir abad ke-19, dengan ciri-ciri panel kayu berukir Cina, jubin lantai Inggeris dan kerja logam Scotland. Rumah dua tingkat tersebut mempamerkan lebih 1,000 koleksi pelbagai barangan yang diwarisi turun-temurun oleh keluarga Baba dan Nyonya.

Antara barangan koleksi yang dipamerkan ialah ruang bilik tidur, pakaian tradisional, kasut manik, beg tangan, barangan ceramik, bakul, perkakásan dan sebagainya yang digunakan oleh Baba dan Nyonya.

Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang beroperasi dari pukul 9.30 pagi hingga 5 petang dan yuran masuk adalah RM20 bagi orang dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Manakala kanak-kanak berumur bawah 6 tahun adalah percuma. - Foto Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Squid Game di MRT Ampang Park

No Image Caption
GALERI

Pasar Besar Kedai Payang

No Image Caption
GALERI

Pameran Alice Saves Wonderland

No Image Caption
GALERI

Feri dari Pangkalan Raja Tun Uda