Maut langgar kayu jatuh dari treler

Longgokan kayu getah yang terjatuh dari sebuah treler di Kilometer 37 Jalan Klang-Teluk Intan di sini pada Ahad.
Longgokan kayu getah yang terjatuh dari sebuah treler di Kilometer 37 Jalan Klang-Teluk Intan di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang pekerja restoran makanan segera menemui ajal apabila melanggar kayu getah yang terjatuh dari sebuah treler di Kilometer 37 Jalan Klang-Teluk Intan di sini pada Ahad.

Kemalangan jam 4.30 pagi itu menyebabkan lelaki berusia 22 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati muatan kayu getah sebuah treler dipandu lelaki berusia 40 tahun terjatuh di jalan berkenaan.

"Mangsa yang menunggang bersendirian dipercayai gagal mengelak beberapa batang kayu dan kemudian terjatuh atas jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ramli berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa cedera dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dalam hantaran di Facebook memaklumkan, sepasukan enam anggotanya ke lokasi kejadian bagi membersihkan kayu itu pada jam 5.17 pagi.

Jelas kenyataan itu, longgokan kayu terjatuh itu menghalang lalu lintas di jalan tersebut dan berjaya dibersihkan dengan menggunakan jengkaut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!