Pakistan berdepan kebanjiran pencari suaka dari Afghanistan

Lebih 250,000 pencari suaka warga Afghanistan telah tiba di Pakistan sejak Januari 2021. - Foto 123rf
Lebih 250,000 pencari suaka warga Afghanistan telah tiba di Pakistan sejak Januari 2021. - Foto 123rf
A
A
A

KARACHI - Pakistan berdepan kebanjiran pencari suaka dari negara jiran Afghanistan berikutan Kabul kini dikuasai Taliban, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bercakap kepada Agensi Anadolu (AA) pada malam menjelang Hari Pelarian Sedunia, yang disambut pada 20 Jun setiap tahun, Qaiser Khan Afridi, jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) Pakistan berkata, lebih 250,000 pencari suaka warga Afghanistan telah tiba di Pakistan sejak Januari 2021.

"Bagaimanapun, jumlah keseluruhan rakyat Afghanistan yang memerlukan perlindungan antarabangsa berkemungkinan lebih tinggi," kata Afridi.

"Kami sedang berbincang dengan kerajaan Pakistan mengenai pendaftaran dan dokumentasi pencari suaka, kebanyakannya dari Afghanistan," katanya.

Beratus-ratus ribu rakyat Afghanistan melarikan diri ke Pakistan dan Iran sejak Kabul diperintah kerajaan sementara Taliban sejak Ogos lalu.

Ramai yang meninggalkan negara itu, meskipun sebelum Taliban menguasai Kabul susulan kebimbangan tindakan keras kumpulan itu, dan sebahagian mereka mendapat peluang berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) atau Eropah. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!