Kelantan bakal terima lonjakan besar melalui projek infrastruktur

Ahmad (kiri) menerima cek sumbangan PKNIK kepada kerajaan negeri sambil disaksikan oleh Abdul Hadi (dua dari kiri) pada Malam Apresiasi Kumpulan PKNIK dan Pidato Ekonomi Sunnah 'Penggerak Pembangunan Ummah' di Kota Bharu pada Ahad.
Ahmad (kiri) menerima cek sumbangan PKNIK kepada kerajaan negeri sambil disaksikan oleh Abdul Hadi (dua dari kiri) pada Malam Apresiasi Kumpulan PKNIK dan Pidato Ekonomi Sunnah 'Penggerak Pembangunan Ummah' di Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan bakal menerima lonjakan besar dalam pembangunan ekonomi menerusi kelulusan beberapa projek infrastruktur asas melalui Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, projek-projek berimpak tinggi yang sedang dirancang itu menjadi platform dalam melonjakkan pembangunan di negeri ini.

"Peruntukan yang tinggi ini berikutan kerancakan projek baharu di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

"Selain itu sambungan daripada RMK11 turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi Kelantan," katanya semasa berucap pada Malam Apresiasi Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKNIK) dan Pidato Ekonomi Sunnah 'Penggerak Pembangunan Ummah' di sini pada Ahad.

Hadir sama ialah, Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, antara projek tersebut ialah menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), pembangunan Terminal Laut Bersepadu di Bandar Maritim Tok Bali, Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) dan Lebuhraya Utama Tengah (Central Spine Road).

Beliau berkata, tidak ketinggalan projek Hubungan Rel Pantai Timur (ECRL), pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri dan Empangan Hidroelektrik Lebir.

Katanya, ia termasuk projek tebatan banjir Sungai Golok, Kompleks Sukan Bukit Merbau, Jambatan Palekbang-Kota Bharu dan Pembangunan Sektor Agromakanan Agensi Peneraju.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!