Lelaki maut tersepit langgar pokok

Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan dipandunya dalam kemalangan di Jalan Syed Putra di sini awal pagi Isnin.
Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan dipandunya dalam kemalangan di Jalan Syed Putra di sini awal pagi Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya melanggar pokok dalam kejadian di Jalan Syed Putra di sini awal pagi Isnin.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Rozman Abdul Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan menerusi talian Mers 999 pada jam 5.15 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 5.24 pagi.

"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Fortuner dipercayai dipandu seorang lelaki berumur 30an itu terbabas lalu melanggar pokok di tepi jalan mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah akibat tersepit," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba pada jam 6 pagi.

"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans dan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!