Aksi samseng pemandu lori tular di media sosial

Tular sebuah lori yang memandu secara berbahaya menerusi rakaman video dipercayai berlaku berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Klang Selatan.
Tular sebuah lori yang memandu secara berbahaya menerusi rakaman video dipercayai berlaku berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Klang Selatan.
A
A
A

KLANG - Aksi samseng seorang pemandu lori yang memandu secara berbahaya sehingga hampir mengakibatkan kemalangan menjadi tular di media sosial sejak Ahad.

Aksi pemandu lori terbabit dirakam menerusi video papan pemuka sebuah kereta berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Klang Selatan.

Menerusi rakaman video tersebut, pemandu lori itu dilihat berang setelah tindakannya memotong secara berbahaya ditegur pemandu kereta terbabit.

Pemandu kereta terbabit telah membunyikan hon sebaik sahaja lori berkenaan bertindak memotong secara berbahaya dan pemandu lori dilihat keluar daripada lori dan terus meluru ke arah kereta tersebut.

Tular sebuah lori yang memandu secara berbahaya menerusi rakaman video dipercayai berlaku berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Klang Selatan.
Tular sebuah lori yang memandu secara berbahaya menerusi rakaman video dipercayai berlaku berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Klang Selatan.

Berlaku pertikaman lidah antara pemandu lori dan pemandu kereta terbabit di mana pemandu kereta mempertikaikan tindakan pemandu lori itu yang dikatakan boleh mengakibatkan kemalangan.

Video berdurasi 54 saat itu kemudiannya menerima kecaman daripada netizen yang rata-ratanya meminta supaya tindakan tegas diambil terhadap pemandu lori yang bersikap samseng itu.

Sementara itu, Sinar Harian telah mendapatkan komen serta pengesahan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Klang Selatan berhubung kejadian itu dan kenyataan media mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!