Gangguan bekalan air di Petaling bermula esok
![Gambar hiasan.](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/06/20/1812831.jpg)
SHAH ALAM - Gangguan bekalan air berjadual di 47 kawasan dalam Wilayah Petaling bermula pada Selasa jam 9 pagi.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di Facebook memaklumkan, perkara tersebut berlaku untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil.
![Senarai kawasan di Petaling yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual bermula pada Selasa jam 9 pagi.](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/06/20/1812835.jpg)
Menurut hantaran tersebut, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada Rabu pada jam 9 pagi.
"Anda dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah di samping memastikan bekas simpanan air ditutup," katanya pada Isnin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!