Korea Selatan bida tuan rumah pusingan akhir Piala Asia 2023
KOREA Selatan akan melakukan bidaan untuk menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala Asia 2023 selepas China mengambil keputusan melepaskan hak penganjuran temasya bola sepak terbesar benua Asia tersebut, kata Persatuan Bola Sepak Korea (KFA).
China sepatutnya menjadi tuan rumah kejohanan itu pada Jun dan Julai tahun depan, namun usaha negara tersebut untuk mematuhi dasar sifar Covid-19 menyaksikan acara melibatkan penyertaan sebanyak 24 pasukan berkenaan terpaksa dipindahkan.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum ini menjemput dalam kalangan negara anggota untuk melakukan bidaan mengadakan Piala Asia 2023 bulan lalu, dengan menyatakan pihak yang berminat mesti menghantar bidaan masing-masing selewat-lewatnya pada 30 Jun ini.
"Persatuan Bola Sepak Korea mempromosikan tawaran untuk Piala Asia AFC 2023 yang dianjurkan oleh AFC di Korea...
"Sehubungan itu, kami ingin meneruskan bidaan daripada kerajaan tempatan yang mempunyai stadium yang boleh menganjurkan aksi antarabangsa...," kata KFA di laman web badan induk tersebut.
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol memberi kebenaran untuk menganjurkan perlawanan pusingan akhir itu, telah pun mengarahkan menteri sukan negara tersebut berusaha mendapatkan hak penganjuran berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!