Rudiger kini sah milik Real Madrid

Rudiger bergambar bersama Presiden Real, Florentino Perez ketika diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain kelab itu
FOTO-Gettyimages
Rudiger bergambar bersama Presiden Real, Florentino Perez ketika diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain kelab itu FOTO-Gettyimages
A
A
A
PERTAHANAN Jerman, Antonio Rudiger sah menjadi pemain Real Madrid apabila diperkenalkan secara rasmi selepas kontraknya bersama Chelsea tamat.

Walaupun perpindahan itu diumumkan dua minggu lalu, bek tengah itu terpaksa menunggu sehingga rehat perlawanan antarabangsa tamat untuk menyempurnakan perpindahannya selepas mewakili Jerman di peringkat kumpulan Liga Negara-Negara, Rudiger berangkat ke Sepanyol untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Ia hari yang istimewa buat kita semua, terutama untuk diri saya. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana tanpa mereka saya tidak akan ada di sini.

"Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada presiden Real Madrid kerana memberikan saya peluang bermain bersama kelab hebat ini.

"Saya ingin memenangi sebanyak mungkin gelaran. Hala Madrid!" kata Rudiger.

Untuk rekod, Rudiger mengikat kontrak selama empat tahun di Bernabeu dan akan menyarung jersi bernombor 22 selepas enggan melanjutkan kariernya di Stamford Bridge.

Dalam pada itu Rudiger berkata, perpindahannya ke kelab gergasi Sepanyol itu disebabkan pengendali Real, Carlo Ancelotti berjaya meyakinkannya ketika kali pertama bertemu pada April lalu.

"Ini kali pertama saya menghubunginya tapi bukan saya, ejen saya yang lakukan pada awal September.

"Kali kedua saya bercakap dengan Ancelotti pada April lalu. Ia adalah saat yang penting untuk berbincang.

"Ketika itulah saya membuat keputusan dan pilihan bahawa saya mahu bermain untuk kelab ini di bawahnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!