Malaysia siasat dakwaan lambakan FCB dari Thailand

Siasat dakwaan lambakan FCB.
Siasat dakwaan lambakan FCB.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memulakan siasatan ke atas dakwaan lambakan ‘cellulose fibre reinforced cement flat and pattern sheets’ (FCB) yang berasal atau diimport dari Thailand.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataan berkata, kementerian telah memulakan kajian semula pentadbiran, siasatan berikutan petisyen yang diterima daripada pengeluar tempatan, Hume Cemboard Industries Sdn Bhd mendakwa bahan itu telah dilambakkan pada harga yang lebih rendah daripada yang dijual di pasaran domestik negara tersebut.

Pempetisyen, yang turut mendakwa harga lebih rendah itu telah menyebabkan peningkatan import daripada pasaran yang didakwa dan mengakibatkan kemudaratan material kepadanya, mahu kerajaan untuk terus mengenakan duti anti-lambakan ke atas FCB dari Thailand, katanya.

Kerajaan memutuskan untuk memulakan siasatan selepas menilai dan mempertimbangkan bukti-bukti lambakan, kemudaratan dan hubungkait antara kedua-duanya, menurut MITI.

Selaras dengan Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan peraturan yang berkaitan, penentuan akhir mengenai siasatan itu akan dibuat dalam tempoh 180 hari dari tarikh permulaan siasatan.

"Sekiranya penentuan awal didapati afirmatif, kerajaan akan mengenakan duti anti-lambakan mengikut kadar yang ditetapkan untuk menghalang kemudaratan yang berterusan,” katanya.

MITI akan mengedarkan borang soal selidik kepada pihak yang berkepentingan sebagai sebahagian daripada siasatan itu. Pihak yang berminat juga boleh mengemukakan bukti sokongan tambahan kepada kementerian sebelum 22 April.- Bernama

Artikel Berkaitan: