Tujuh motosikal musnah terbakar

Keadaan motosikal yang musnah terbakar di tempat letak kenderaan Flat Taman Samudera pada Selasa.
Keadaan motosikal yang musnah terbakar di tempat letak kenderaan Flat Taman Samudera pada Selasa.
A
A
A

GOMBAK - Sebanyak tujuh motosikal di kawasan tempat letak kenderaan Flat Taman Samudera di sini musnah dalam kebakaran pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.25 pagi.

"Seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba Selayang bergegas ke lokasi kejadian.

"Namun, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi," katanya ketika dalam kenyataan pada Selasa.

Norazam berkata, siasatan mendapati tiga motosikal musnah 100 peratus manakala baki motosikal lain musnah 10 hingga 70 peratus.

"Kebakaran itu tidak membabitkan struktur bangunan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Operasi tamat pada jam 6 pagi dan siasatan berhubung punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!