Kanak-kanak mangsa dadah stabil
KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan kanak-kanak yang menjadi mangsa dadah pada Isnin dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Husin berkata, bagaimanapun pihaknya masih memberikan pemerhatian rapi berkait dengan situasi dan perkembangan terkini kanak-kanak berkenaan.
"Buat masa ini, pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan berada di bawah jagaan pakar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dari Kampung Sri Bintang, Kuala Krai berada dalam keadaan kritikal dipercayai akibat dadah.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kanak-kanak tersebut yang sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini terpaksa ditidurkan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!