MPKS tembak 2,531 burung gagak cemari premis perniagaan

Penembak berlesen mengumpulkan gagak yang berjaya ditembak dalam operasi sekitar daerah ini pada Sabtu lalu.
Penembak berlesen mengumpulkan gagak yang berjaya ditembak dalam operasi sekitar daerah ini pada Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menembak sebanyak 2,531 burung gagak dalam satu operasi sekitar daerah ini pada Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitarannya, Jefriee Abd Manaf berkata, seramai 14 penembak berlesen menyertai operasi itu bermula dari jam 8 pagi sehingga 8 malam.

Menurut Jefriee, operasi itu dilakukan berikutan terdapat beberapa kawasan perniagaan dicemari dengan najis, gangguan bau dan bunyi disebabkan populasi burung gagak.

"Beberapa kawasan dikenal pasti itu antaranya di Padang Astaka Tanjung Karang, Taman Bendahara dan Pekan Sungai Buloh," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, tindakan agresif melalui operasi menembak telah diambil untuk membantu mengawal populasi gagak yang mengganggu kawasan awam.

Katanya, orang ramai disarankan sentiasa memberikan kerjasama untuk menjaga kebersihan dalam mengelakkan populasi burung gagak kembali bertambah.

"Operasi ini dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Selangor," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!