Australia pertimbang anjur pusingan akhir Piala Asia 2023

Piala Asia 2023
Piala Asia 2023
A
A
A

AUSTRALIA mempertimbangkan tawaran untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 selepas China mengambil keputusan untuk melepaskan hak penganjuran temasya sukan bola sepak terbesar benua Asia tersebut, kata Persekutuan Bolasepak Australia.

"Kami sedang mengadakan perbincangan dengan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan kerajaan selari dengan proses dan minat kami terhadap penganjuran ini," kata jurucakap Persekutuan Bola Sepak Australia.

Bagaimanapun, kerajaan Australia enggan mengulas sama ada berminat atau sebaliknya terhadap tawaran daripada badan induk bola sepak Asia itu.

Sebaliknya, Menteri Sukan Australia, Anika Wells dalam satu kenyataan berkata, "Keputusan untuk membida terletak kepada Persekutuan Bolasepak Australia, sebagai organisasi sukan kebangsaan yang berkaitan."

Korea Selatan sebelum ini mengesahkan negara itu akan membida untuk penganjuran edisi 2023, manakala Jepun bulan lalu menegaskan bahawa ia telah didekati secara tidak rasmi untuk membuat bidaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!