SPRM masih siasat dakwaan ceroboh balak di HSK Nenggiri

Sinar Harian melaporkan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan berlaku kes pencerobohan balak di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.
Sinar Harian melaporkan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan berlaku kes pencerobohan balak di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.
A
A
A

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan masih meneruskan siasatan kes pencerobohan balak yang didakwa berlaku di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.

Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain berkata, suruhanjaya tersebut kini sedang meneliti maklumat berkenaan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Siasatan masih berjalan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan status siasatan berhubung dakwaan berlaku pencerobohan balak di HSK Nenggiri.

Pada 15 Jun lalu beliau mengesahkan SPRM Kelantan menerima maklumat berhubung kes pencerobohan balak tersebut.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, polis menerima laporan berhubung kes pencerobohan balak yang didakwa berlaku di HSK Nenggiri dibuat oleh pengawas hutan pada 2 Jun lalu.

Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa mendedahkan dakwaan berlaku pembalakan di beberapa kawasan termasuk kompartmen 26, 29 dan 41 di HSK Nenggiri.

Husam mendakwa keluasan hutan simpan kekal yang diceroboh di kawasan terbabit adalah 80 hektar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!