Jangan dibelasah, bentak anak

Kebolehan tahap penerimaan pembelajaran anak-anak tidak sama.
Kebolehan tahap penerimaan pembelajaran anak-anak tidak sama.
A
A
A

TAHUKAH kita bahawa jenis kemahiran utama bagi setiap orang itu berbeza?

Ada sesetengah orang sekali cakap senang sahaja faham, tapi ada pula yang berkali-kali diterangkan pun tidak faham-faham, terutamanya dalam mendidik anak dan pelajar.

Ini kerana kemahiran setiap orang untuk 'menyerap' sesuatu itu adalah berlainan antara satu dengan yang lain. Ada yang jenis audio, visual dan kinestatik.

Orang jenis visual ini, jika kita hendak menerangkan sesuatu kepada mereka, kena tunjukkan contoh sekali, seperti melukis gambar, menunjukkan gambarajah untuk mereka faham. Orang jenis ini jangan cerita panjang tanpa visual, dia pening nanti dan kita pun akan penat sekali.

Kedua pula jenis audio, orang jenis ni bila dengar sekali saja terus faham. Tak perlu nak bercerita berulang-ulang.

Jenis yang ketiga pula kinestatik, orang jenis ni, kalau dah tunjuk visual dan audio pun tak faham-faham lagi, kena buat bentuk kenistatik yang melambangkan topik yang dibincangkan.

Misalnya kanak-kanak yang baru nak belajar huruf, dan sukar untuk menghafal, boleh menggunakan kaedah ini, misalnya huruf B, sebut ba, ba, ba, ba, sambil mengetuk meja. Jadi bila ketuk meja sahaja terus tergambar huruf B dalam minda mereka. Cara ini memudahkan mereka untuk mengingati.

Jadi kita ini jenis yang mana? Audio, visual atau kenistatik?

Artikel Berkaitan:

Anak-anak anda pula jenis yang mana? Janganlah terus "belasah" anak ketika mengajar mereka sebab mereka tak faham-faham. Lain anak lain caranya.

Semoga bermanfaat!

* Penulis Pegawai Psikologi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!