700 ahli Pemuda PH turun kempen PRK Rantau
SEREMBAN - Seramai 700 anggota pemuda PH akan turun membantu jentera pilihan raya bagi menghadapi PRK DUN Rantau, 13 April ini.
Timbalan Ketua Pemuda PH, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kesemua anggota berkenaan ditugaskan mendekati seberapa ramai pengundi muda di kawasan yang telah dikenal pasti.
“Ini adalah bagi meningkatkan peratus sokongan golongan muda kepada calon kita, (Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau) Dr S. Streram,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Pemuda PH di sini, malam ini.
Turut hadir, seorang lagi Timbalan Ketua Pemuda PH, Howard Lee Chuan How, yang juga Ketua DAPSY Kebangsaan, Setiausaha Armada Nasional, Radzuan Shafi dan Ketua Pemuda Amanah Negeri Sembilan, Zaki Sabri. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!