Panduan penjagaan tiub nasogastrik

Tiub Nasogastrik.
Tiub Nasogastrik.
A
A
A

PESAKIT kadangkala didiscaj dengan tiub pemakanan yang dipanggil tiub nasogastrik (tiub NG).

Tiub ini dimasukkan melalui hidung pesakit ke bahagian perut untuk memudahkan pemberian makanan, air dan ubat-ubatan. Ini biasanya dilakukan sekiranya pesakit mempunyai masalah menelan.

Berikut merupakan beberapa perkara penting yang anda perlu tahu tentang penjagaan tiub Nasogastrik:

Maklumat Penting

Nama formula pemakanan/susu:

Jumlah/isipadu:

Kekerapan Sehari:

Pemberian Pemakanan Melalui Tiub Nasogastrik

Peralatan Yang Diperlukan:

  • Picagari (syringe) 10cc/50cc
  • Cairan makanan/susu atau ubat-ubatan yang diperlukan
  • Cawan sukatan
  • Air suam

Cara Pemberian

Artikel Berkaitan:

  1. Cuci tangan sebelum pemberian.
  2. Dudukkan pesakit dalam kedudukan tegak 90 darjah dan kekalkan selama 1 jam selepas pemberian makanan/susu.
  3. Jangan sekali-kali memberikan makanan kepada pesakit dalam keadaan baring kerana ia mungkin menyebabkan makanan termasuk ke bahagian paru-paru pesakit dan menimbulkan penyakit.
  4. Sambungkan picagari 10 cc ke tiub nasogastrik dan sedut keluar kandungan perut pesakit bagi memastikan tiub nasogastrik berada di dalam perut. (Jangan beri makanan sekiranya melebihi 100 cc kandungan perut disedut).
  5. Keluarkan picagari 10 cc tadi, dan sambungkan dengan picagari 50 cc tanpa piston (plunger). Lipatkan tiub nasogastrik bagi mengelakkan udara masuk ke perut.
  6. Pegang picagari setinggi paras dahi pesakit (sekiranya terlalu tinggi akan menambahkan tekanan masuk ke perut pesakit).
  7. Tuangkan makanan cecair/minuman atau ubat-ubatan yang hendak diberikan, Lepaskan lipatan dan benarkan aliran makanan ke dalam perut.
  8. Pastikan picagari tidak kosong untuk mengelakkan udara masuk yang boleh menyebabkan kekembungan.
  9. Bilas tiub nasogastrik bagi mengelakkan tersumbat dengan memasukkan air suam pada akhir feeding 25cc- 50cc.
  10. Tutupkan semula tiub nasogastrik setelah selesai memberi makan dan cuci sehingga kering alat-alat yang digunakan.
  11. Setiap kali selepas memberi makan, cuci picagari dan keringkan sepenuhnya.
  12. Sekiranya pesakit terbatuk atau sesak nafas berterusan, dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.

Peringatan:

  • Pastikan pesakit sentiasa dalam keadaan yang selesa dan berada dalam kedudukan tegak semasa pemberian makanan melalui nasogastrik dilakukan.

  • Tidak dibenarkan memberi makanan pepejal atau panas ketika memberi makanan melalui tiub nasogastrik.

Pemberian Ubat-ubatan

  • Gunakan ubat-ubatan atau makanan berbentuk cecair sahaja (sekiranya ubat dalam bentuk tablet atau capsule hendaklah dilarutkan dahulu).
  • Berikan 30cc air suam sebelum memberi ubat-ubatan.
  • Ubat cecair atau ubat yang dilarutkan disedut masuk ke dalam picagari dan diberikan melalui tiub Nasogastrik.
  • Berikan 30cc air suam lagi untuk membersihkan tiub Nasogastrik selepas ubat diberi.

Penjagaan Mulut dan Tiub Nasogastrik

  • Bersihkan mulut pesakit 2 kali sehari dengan menggunakan berus gigi atau dental floss.
  • Gunakan tuala lembap untuk membersihkan lidah pesakit.
  • Gunakan putik kapas yang lembap bagi membersihkan tiub nasogastrik yang berada dekat dengan hidung.
  • Tiub nasogastrik dibilas dengan menggunakan air suam setiap kali selepas pemberian makanan/ ubat bagi mengelak daripada tersumbat
  • Pastikan plaster sentiasa bersih dan kering.
  • Pastikan tiub nasogastrik berada di dalam perut sebelum memberi makan (rujuk Cara Mengendalikan Pemberian Makanan Melalui Tiub Nasogastrik)

Dapatkan bantuan anggota perubatan atau bawa pesakit ke Jabatan Kecemasan segera jika:-

  • Mengalami kesukaran bernafas atau tercekik semasa melakukan pemberian makanan.
  • Tiub Nasogastrik tersumbat.
  • Tiub Nasogastrik terkeluar daridapa kedudukannya.
  • Pesakit mengalami cirit- birit, sembelit, loya atau demam yang melebihi sehari.


Sumber: http://www.myhealth.gov.my

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!