Gangguan bekalan air di 47 kawasan wilayah Petaling pulih

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gangguan air di 47 kawasan yang terjejas di Wilayah Petaling akibat kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil pada Selasa pulih sepenuhnya pada 7 pagi Rabu.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada para pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Beliau berkata, para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

"Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Pada Selasa, sebanyak 47 kawasan di Wilayah Petaling dilaporkan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 24 jam susulan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!