Fabio Viera sah milik Arsenal
ARSENAL melengkapkan proses menandatangani Fabio Viera daripada Porto yang mana penyerang itu bersetuju untuk mengikat kontrak jangka panjang di Emirates.
Pemain kelahiran Portugal itu menyertai The Gunners dengan yuran perpindahan yang dilaporkan bernilai AS$42 juta (RM184.78 juta).
Mengulas berkenaan perpindahan pemain berusia 22 tahun, pengendali Arsenal, Mikel Arteta memberitahu, beliau nyata teruja dengan perpindahan tersebut sambil menyifatkan Viera seorang pemain yang mempunyai bakat yang istimewa.
“Saya sangat gembira apabila Viera bersetuju untuk menyertai Arsenal dan dia merupakan seorang pemain yang berbakat.
“Viera ialah pemain sangat kreatif yang akan membawa kualiti tinggi dan kepelbagaian dalam cara permainan menyerang kami,” katanya.
Untuk rekod, Viera muncul sebagai seorang daripada bintang paling berbakat Eropah selepas digilap sistem pemain remaja Portugal.
Malah Viera merupakan antara tonggak penting buat Porto pada musim lepas apabila membantu kelab tersebut meraih dua kejuaraan domestik selain berjaya menjaringkan tujuh gol dan 16 bantuan jaringan dalam semua kejohanan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!