Pemuda Palestin maut ditikam peneroka Yahudi

Pemuda Palestin meninggal dunia akibat ditikam peneroka Yahudi.
Pemuda Palestin meninggal dunia akibat ditikam peneroka Yahudi.
A
A
A
RAMALLAH - Seorang peneroka haram Yahudi menikam warga Palestin sehingga maut di Tebing Barat yang dijajah Israel pada Selasa, kata kementerian kesihatan Palestin.

Lelaki itu ditikam terus di bahagian jantung oleh seorang peneroka (haram Yahudi)", kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Pemuda Palestin yang meninggal dunia selepas ditikam itu dikenali sebagai Ali Harb, 27.

Sepupu Harb, Firas Naim, memberitahu AFP bahawa terdapat anggota-anggota keselamatan Israel ketika dia dibunuh.

Naim berkata, dia dan ahli keluarganya termasuk Harb pergi ke lokasi kejadian setelah mendengar terdapat peneroka haram Yahudi sedang mendirikan khemah.

Setelah tiba, kata Naim, mereka berhadapan dengan anggota-anggota tentera Israel dan pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan ke udara.

“Selepas mereka melepaskan tembakan di udara, beberapa peneroka melakukan serangan. Kami hanya berdiri di sana dan seorang peneroka datang dan menikamnya dengan pisau tanpa sebab,” kata Naim.

Menurutnya, anggota-anggota tentera Israel menghalang Palestin daripada menghampiri Harb selepas dia cedera akibat ditikam. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!