Kerjasama vivo, Hap Seng Star tingkatkan kehidupan melalui teknologi
KUALA LUMPUR – vivo Malaysia bekerjasama dengan Hap Seng Star, pengedar sah Mercedes-Benz Malaysia untuk berkongsi idea dan hala tuju inovatif mereka dalam meningkatkan gaya hidup rakyat Malaysia melalui teknologi pada Persidangan Usahawan pertamanya.
Persidangan yang diadakan di Hap Seng Star KL Autohaus di Menara Hap Seng, menandakan kerjasama pertama antara dua jenama di mana telefon pintar unggul premium bersama-sama kereta mewah yang membantu meningkatkan pengalaman gaya hidup pengguna.
Persidangan itu menampilkan siri vivo X80 yang dibangunkan bersama ZEISS bagi mentakrifkan semula pengalaman sinematik dan imejan, serta Mercedes Benz S580e, hibrid ‘plug-in’ mewah (PHEV) dalam kelas-S.
Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu berkata, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan Hap Seng Star kerana vivo dan Hap Seng Star mempunyai banyak persamaan iaitu untuk mahu memberi produk terbaik kepada pelanggan.
“vivo komited untuk membawa ‘Joy of Humanity’ melalui teknologi dan kami berharap melalui kerjasama seperti ini akan ada lebih banyak lagi yang boleh kami lakukan untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia,” katanya.
Sebagai sebuah syarikat teknologi global, vivo terus menawarkan teknologi inovatifnya untuk penggunanya, menjadikan kehidupan lebih mudah dan terhubung.
Sehingga Februari 2022, vivo telah menyerahkan lebih 4,000 paten ciptaan 5G, dan telah mula menyelidik dalam sambungan 6G untuk membawa pengguna teknologi rangkaian yang lebih pantas dan lebih baik menjelang 2030.
Untuk maklumat lanjut tentang vivo Malaysia, layari Facebook Rasmi vivo Malaysia.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!