Empat penjuru di DUN Rantau

Empat calon disahkan bertanding pada PRK DUN Rantau 13 April ini selepas selesai proses penamaan calon di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan hari ini. Empat calon itu (dari kiri) Datuk Seri Mohamad Hasan (Barisan Nasional) Dr S. Streram (Pakatan Harapan), Mohd Nor Yassin (Bebas) dan R. Malarvizhi (bebas). -Foto Bernama

A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] PRK DUN Rantau menyaksikan persaingan empat penjuru melibatkan calon BN, PH dan Bebas.

Seperti dijangka, BN mengekalkan calonnya dalam PRU14 lalu iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan manakala PH menampilkan Dr S Streram sebagai calon.

Sementara, dua orang calon Bebas turut memberikan saingan iaitu suri rumah, R Malar dan bekas pensyarah, Mohd Nor Yassin.

Senarai calon diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, Mohd Nizam Tajul Arus selepas tamat tempoh proses penamaan calon di dewan SJK (C) Bandar Sri Sendayan, di sini, hari ini.

Calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) ditemani isterinya Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin pada hari penamaan calon bagi PRK DUN N27 Rantau di Pusat Penamaan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Bandar Seri Sendayan, hari ini. -Foto Bernama

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November tahun lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah.

Pada PRU14, Mohamad menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas lawannya, Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan SPR.

Hari pengundian ditetapkan pada 13 April ini, manakala hari mengundi awal pada 9 April.

Artikel Berkaitan:

Daftar pemilih mengandungi 20,926 orang pemilih berdaftar, terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat orang pengundi tidak hadir luar negara.

Reaksi calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram ketika menunjukkan pas calon. -Foto Bernama
Reaksi calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram ketika menunjukkan pas calon. -Foto Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Streram dah tak lupa bawa pas SPR

ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon PRK DUN Rantau berlangsung pagi ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!