Perkeso bayar RM186 juta tuntutan Covid-19

Awang (tiga, kiri) bertemu penerima sijil pengiktirafan mewakili syarikat yang berjaya melaksanakan & quot; Productivity-Linked Wage System (PLWS) selepas merasmikan Simposium Keharmonian Perusahaan Wilayah Utara yang melibatkan negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak di Hotel Grand Alora, Alor Setar, pada Khamis.
Awang (tiga, kiri) bertemu penerima sijil pengiktirafan mewakili syarikat yang berjaya melaksanakan & quot; Productivity-Linked Wage System (PLWS) selepas merasmikan Simposium Keharmonian Perusahaan Wilayah Utara yang melibatkan negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak di Hotel Grand Alora, Alor Setar, pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Lebih RM186 juta dibayar oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi tuntutan faedah kes Covid-19 kepada 173,498 pekerja di negara ini melibatkan Akta 4 dan Akta 789, sehingga Khamis.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, Perkeso masih lagi menerima tuntutan faedah sehingga kini dan proses mengumpul data serta siasatan terhadap ahli-ahlinya masih dijalankan.

Menurutnya, sebanyak 233,746 permohonan tuntutan faedah diterima sejak pandemik Covid-19 dua tahun lalu dan 173,498 permohonan diluluskan serta bayaran dibuat kepada penerima yang layak.

"Bagi Akta 4, sebanyak 215,741 kes diterima daripada pekerja tempatan dan 158,691 kes daripadanya telah diluluskan melibatkan bayaran lebih RM176 juta. Bagi pekerja asing pula, 16,530 permohonan dibuat dan 13,740 daripadanya diluluskan dengan bayaran kira-kira RM9 juta.

"Bagi Akta 789, sebanyak 1,465 permohonan diterima dan 1,067 telah diluluskan melibatkan bayaran kira-kira RM1 juta," katanya dalam sidang akhbar di sebuah hotel dekat sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Simposium Keharmonian Perusahaan Wilayah Utara.

Sementara itu Awang berkata, bagi permohonan tuntutan faedah yang belum diluluskan, Perkeso perlu menyiasat terlebih dahulu terhadap jangkitan berlaku sama ada di tempat kerja atau di tempat lain.

"Masih ada (permohonan belum lulus) yang tidak cukup lagi seperti dokumen, data tidak lengkap dan siasatan masih dijalankan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!