'Hampir semua penduduk Rantau sokong saya'

Mohd Nor Yassin(kanan) dan pencadangnya.
Mohd Nor Yassin(kanan) dan pencadangnya.
A
A
A

SEREMBAN - "Tak terbilang ramainya dan hampir semua penduduk Rantau sokong saya," itu keyakinan calon Bebas PRK Dun Rantau, Mohd Nor Yassin ketika disoal berapa ramai berada di belakangnya.

Bekas guru dan pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar di Sikamat Negeri Sembilan itu berkata, keputusannya bertanding Bebas kerana mahu mengambil ruang demokrasi.

Beliau juga yakin akan menang dan berhasrat memimpin dan membangun mengikut cara Islam.

"Rantau ini 'special' dan saya yakin calon Bebas yang akan menang.

"Cara saya berkempen ialah harapkan media ambil gambar dan tulis betul-betul dan akab kempen dari rumah ke rumah,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon PRK DUN Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Seri Sedayan di sini, hari ini.

Mohd Nor berkata, pada PRU13, dia bertanding atas tiket Pas di kerusi DUN Gemencheh, namun tewas pada calon BN, Mohd Isam Mohd Isa yang memperoleh 7,782 undi.

Beliau yang berasal dari Gemecheh bertanding menggunakan logo pen.

ARTIKEL BERKAITAN: Streram dah tak lupa bawa pas SPR

Artikel Berkaitan:

Penamaan calon PRK DUN Rantau berlangsung pagi ini

Empat penjuru di DUN Rantau

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!