Normah Damanhuri terima menantu
PELAKON dan model, Ahya Rosli, 32 juga merupakan anak dramatis terkenal, Normah Damanhuri, selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan suri hati pilihannya, Shahirah Sanusi, pada petang Jumaat.
Majlis yang berlangsung dengan meriah yang dihadiri ahli keluarga dan rakan kenalan telah diadakan di Bukit Kiara Equestrian.
Dalam majlis itu Ahya menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang emas dan bentuk cincin kepada anak kacukan berdarah Sri Lanka, manakala wang hantaran sebanyak RM30,000.
Sementara itu, Normah di Instagram memuat naik coretan istimewa buat anakanda tercinta.
"Pesan mama sayangilah isteri mu agar dia bahagia dan anak mama akan merasa seperti di Syurga ALLAH SWT.
"Cinta hati mama akan sentiasa mendoakan agar pernikahan Youngboy dan Ira diberkati kekal bahagia di dunia dan di akhirat," tulis Normah.
Di ruang komen Normah dan Ahya rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!