51 PATI dicekup sembunyi dalam semak

Cubaan 51 PATI bersembunyi di dalam semak di Kampung Sapi, Jeram Perdah, Pasir Mas gagal selepas dicekup oleh Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa pada Jumaat.
Cubaan 51 PATI bersembunyi di dalam semak di Kampung Sapi, Jeram Perdah, Pasir Mas gagal selepas dicekup oleh Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa pada Jumaat.
A
A
A

PASIR MAS - Cubaan 51 pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi di dalam semak di Kampung Sapi, Jeram Perdah di sini gagal selepas dicekup oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa pada Jumaat.

Kesemua 47 lelaki dan empat wanita warga Myanmar itu ditahan PGA pada jam 1 petang.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bertindak atas maklumat PGA telah melakukan serbuan di kawasan semak tersebut dan menemui sekumpulan warga Myanmar dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kesemua warga Myanmar itu tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.

"Mereka dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, kesemua PATI tersebut ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini akan terus diperketatkan menerusi penugasan Op Wawasan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!