Potong gaji menteri: Mustapa ikut majoriti

Mustapa ketika merasmikan Pelancaran Inisiatif Pucuk Hijau UMW di Pantai Sri Tujoh Beach Resort, Tumpat pada Sabtu.
Mustapa ketika merasmikan Pelancaran Inisiatif Pucuk Hijau UMW di Pantai Sri Tujoh Beach Resort, Tumpat pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed bersetuju dengan cadangan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz supaya memotong 20 peratus gaji menteri bagi membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli menyerahkan keputusan tersebut kepada pucuk pimpinan tertinggi kerajaan.

"Kalau semua setuju, saya bersedia (setuju).

"Apa yang penting keputusan itu mesti diselaraskan," katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai cadangan pemotongan gaji dan elaun menteri.

Sebelum itu beliau merasmikan Pelancaran Inisiatif Pucuk Hijau UMW di Pantai Sri Tujoh Beach Resort, di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat, Rafidah mencadangkan pemotongan gaji dan elaun menteri bagi menunjukkan empati terhadap negara ketika bergelut dengan krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19 dan krisis Rusia-Ukraine.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!