Tarif Elektrik Dan Air
Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di semenanjung ketika tinjauan hari ini.
Dengan keputusan ini, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan keputusan tersebut bermakna pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!