Tevez bermula langkah kiri di Rosario Central

Tevez
Tevez
A
A
A

BEKAS bintang Argentina, Carlos Tevez memulakan karier pengurusan bersama Club Atlético Rosario Central dengan langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada Gimnasia y Esgrima La Plata dalam aksi Divisyen Primera Argentina.

“Sejujurnya saya sangat menikmatinya, ia adalah perasaan baharu selepas saya tewas sebagai pemain sebelum ini dan hari ini sebagai jurulatih.

“Saya menyukai pasukan ini, malah berbangga dengan semangat para pemainnya. Saya sentiasa menjadi individu yang dipersalahkan sekiranya psaukan tewas, namun perjuangan kami baharu bermula dan pasukan berada di landasan yang betul,” kata Tevez selepas perlawanan.

Dalam aksi di Estadio Gigante de Arroyito itu, jaringan pemain pelawat Ramón Sosa pada minit ke-79 babak kedua menyaksikan kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas 0-2 kepada Club Atlético Vélez Sarsfield, pada 21 Jun lalu semasa di bawah kendalian pengendali sementara Germán Rivarola.

Tevez, bekas penyerang Boca Juniors, Manchester United, Manchester City dan Juventus itu dilantik mengemudi kelab popular dari Wilayah Santa Fe dengan misi mengeluarkan pasukan tersebut dalam kelompok bawahan liga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!