Kapal bawa muatan pasir karam, dua pekerja hilang

Dua pekerja sebuah kapal membawa muatan pasir hilang sementara dua orang lagi berjaya diselamatkan selepas kapal berkenaan karam di Sungai Batang Igan berdekatan Kampung Bungan Kecil, awal pagi Ahad. - Foto Faceook Sarikei Viral
Dua pekerja sebuah kapal membawa muatan pasir hilang sementara dua orang lagi berjaya diselamatkan selepas kapal berkenaan karam di Sungai Batang Igan berdekatan Kampung Bungan Kecil, awal pagi Ahad. - Foto Faceook Sarikei Viral
A
A
A
SIBU - [DIKEMAS KINI] Dua pekerja sebuah kapal membawa muatan pasir hilang manakala tiga lagi berjaya diselamatkan, selepas kapal berkenaan karam di Sungai Batang Igan berdekatan Kampung Bungan Kecil, kira-kira 45km dari sini awal pagi Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bergegas ke lokasi selepas pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu daripada Balai Polis Sungai Merah pada pukul 6.05 pagi.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat terbaharu, seorang daripada kru kapal berkenaan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang dari kapal yang didaftarkan sebagai "Yu Lee” itu, dan hanyut sekitar 300 meter dari tempat kejadian sebelum dapat menaiki tebingan Sungai Kut, sebuah anak sungai di Batang Igan.

"Pasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba di lokasi kejadian mendapat maklumat penduduk kampung di sana bahawa lelaki yang berjaya menyelamatkan diri itu dikenali sebagai Lee Sia Kong yang berumur dalam lingkungan 40-an,” katanya dalam kenyataan terbaru PGO pada Ahad.

Terdahulu dalam kenyataan awal pusat itu, dua pekerja kapal berkenaan yang dilaporkan berjaya diselamatkan penduduk kampung dikenali sebagai Ngu Soon Hock dan Mohamad Taufik, berumur lingkungan 50-an, manakala identiti pekerja yang hilang masih belum dapat dipastikan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!