'Rakyat Thailand jika positif ganja tetap ditahan’

Laporan penuh berita di Sinar Premium dan akhbar Sinar Harian.
Laporan penuh berita di Sinar Premium dan akhbar Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat Thailand yang memasukkan dadah secara sengaja dalam tubuh meskipun berada di negara ini boleh dikenakan tindakan sekiranya ujian air kencing mengesahkan mereka positif mengambil bahan terlarang itu.

Pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, tiada istilah individu dari luar negara boleh terlepas sekiranya memasukkan dadah ke dalam tubuh meskipun negara mereka meluluskan pengambilan dadah.

Menurut beliau, rakyat Malaysia sendiri tidak boleh menggunakan ganja atau lain-lain dadah dengan sewenang-wenangnya atas sebab apa sekali pun kerana bahan itu masih tertakluk di bawah Akta Dadah Merbahaya.

“Tidak kira di mana bahan itu dimasukkan, kalau mereka tiba dan berada di Malaysia serta diuji positif, maka tindakan boleh dikenakan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Baca laporan penuh berita ini di Sinar Premium.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!