'Tanggam bantu demi Anwar'
SEREMBAN - Meskipun sebelum ini Ketua Cabang Rembau, R Tanggam mempersoalkan pemilihan Dr S Streram sebagai calon PRK DUN Rantau, namun hari ini beliau membuktikan rasa tidak puas hati itu telah padam.
Beliau hadir pada kempen pertama Streram dalam majlis Santai Media Bersama Penduduk Sendayan di Bilik Gerakan Sendayan di sini, hari ini.
Ketika berucap, Tanggam memberitahu PRK kali ini adalah maruah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti.
"Kalau kita kalah, kita akan susah. Kita sudah kalah di dua PRK Cameron Highland dan Semenyih. Jadi, kita perlu menang kali ini," katanya.
Mengulas lanjut kepada Sinar Harian beliau berkata, sebagai menghormati Anwar dan demi memenangkan parti beliau bersedia untuk turun berkempen.
Streram ketika ditanya apa perasaannya apabila Tanggam sudi turun berkempen membantunya berkata, atas dasar parti kita akan bersatu untuk bekerja bagi memenangkan kerusi DUN Rantau.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!