AMB promosi minuman aminoVITAL

Onn Hafiz (empat dari kanan) melawat reruai aminoVITAL pada acara L’Étape Malaysia by Tour de France yang diadakan di Desaru, Johor pada 4 Jun lepas.
Onn Hafiz (empat dari kanan) melawat reruai aminoVITAL pada acara L’Étape Malaysia by Tour de France yang diadakan di Desaru, Johor pada 4 Jun lepas.
A
A
A

SHAH ALAM - Ajinomoto (M) Berhad (AMB) mengambil insiatif mempromosikan manfaat minuman berperisa jeli epal aminoVITAL dengan asid amino, jenama nombor satu di Jepun dengan menaja L’Étape Malaysia by Tour de France.

AMB dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan sebahagian daripada Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan individu aktif.

Menurut kenyataan itu, acara tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Desaru Coast, Johor bersama-sama 4,700 penunggang basikal pada 4 Jun 2022.

“AMB berbesar hati mengalu-alukan kunjungan Datuk Onn Hafiz di reruai aminoVITAL. Reruai ini dilengkapi dengan penglibatan Ajinomoto Co., Inc. dalam acara sukan antarabangsa seperti Olimpik 2020 dan Sukan SEA ke-31 di Vietnam serta maklumat nutrisi sukan mengenai Asid Amino Rantaian Bercabang (BCAA),” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, BCAA sesuai untuk daya tahan sukan bagi meningkatkan prestasi senaman, menguatkan daya tahan otot, membantu dalam pemulihan otot, dan mengurangkan keletihan otot.

“Aktiviti-aktiviti interaktif turut dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang maklumat nutrisi sukan.

“Sepanjang acara berbasikal tersebut, penunggang basikal telah dibekalkan dengan aminoVITAL di stesen air untuk memberi tenaga dan merasai manfaat BCAA,” kata kenyataan itu.

Selain itu, di reruai aminoVITAL, AMB turut mengadakan promosi untuk para penunggang basikal mendapatkan produk pada harga istimewa termasuk beberapa hadiah percuma sepanjang acara itu berlangsung.

“AMB berharap melalui inisiatif ASV ini, kami dapat menyokong individu aktif untuk pemulihan yang lebih baik melalui 'Healthy Eating, Active Living',” kata kenyataan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!