Pemimpin UMNO patut malu bertelingkah isu jawatan
Mohamad Kamal
A
A
A
Beliau berkata, pertelingkahan dalaman parti UMNO itu disifatkan sebagai sesuatu yang langsung tidak bermanfaat untuk membantu rakyat berhadapan dengan isu semasa yang membelenggu mereka.
“Pemimpin UMNO yang bertelagah dalam media massa mengenai siapa telah disingkir, siapa yang bakal disingkir, siapa yang perlu disingkir, atau siapa yang jangan disingkir, sepatutnya malu kerana menggunakan platform terbuka untuk berdebat hal dalaman dalam waktu rakyat sedang bergelut dengan cabaran kenaikan kos sara hidup.
“Pemimpin UMNO sebegini adalah kumpulan yang tidak berpijak di bumi nyata dan terpisah dari isu rakyat,” katanya dalam satu kenyataan dikongsikan di Facebook Bersatu Tanjong pada Ahad.
Pada Khamis, UMNO menggugurkan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.
Susulan daripada itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemecatan itu dilakukan kerana sikap Tajuddin yang didapati mengkritik parti menerusi kenyataan, ucapan dan ceramah dalam mesyuarat tertutup yang dihadirinya.
Pada masa sama, Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan terdapat beberapa lagi pemecatan bakal berlaku terhadap beberapa individu yang menurutnya telah dicap sebagai ‘musuh politik’ oleh sebahagian pimpinan di dalam parti itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!