Vaksin Covid-19 Korea Selatan tunggu masa untuk dipasarkan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEOUL - Calon vaksin Covid-19 pertama Korea Selatan, yang dibangunkan SK Bioscience Co., telahpun menerima kelulusan daripada kumpulan penasihat pakar farmaseutikal, selangkah lebih hampir untuk dipasarkan secara komersial.

Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-Ubatan memaklumkan GBP510, calon vaksin disyorkan ketika mesyuarat Jawatankuasa Semakan Farmaseutikal Pusat pada Ahad dan dilaporkan sudah untuk "kelulusan item" dari segi aspek keselamatan dan tahap keberkesanannya, menurut agensi berita Yonhap.

GBP510, juga dikenali sebagai SKYCovione, adalah vaksin tempatan yang berjaya melalui tiga fasa ujian klinikal.

Calon vaksin itu adalah vaksin gabungan protein berasaskan dua komponen partikel nano yang boleh memaksimumkan kesan kesan imun.

Ia dibangunkan bersama Institut Penyelidikan Reka Bentuk Antigen Universiti Washington.

Kerajaan telah memeterai perjanjian untuk membeli 10 juta dos vaksin SK Bioscience. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!