[VIDEO] Ahmad Zahid sudah lama tidak layak sebagai Presiden UMNO

Tajuddin Abdul Rahman
Tajuddin Abdul Rahman
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak layak memimpin UMNO dan perlu undur diri secara terhormat.

Beliau mendakwa segala keputusan mesyuarat MKT UMNO selama ini juga bukan kehendak ahli MKT sebaliknya kehendak Ahmad Zahid sendiri.

Turut didakwa Ahmad Zahid juga tidak berpuas hati dengan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

"Sebenarnya Zahid dah lama dianggap tidak layak memimpin UMNO. Lebih baik undurkan diri cara terhormat untuk kepentingan parti.

"Ismail sesuai jadi presiden parti, baru cantik, tak ada lah dua nakhoda,"katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Tajudin mencadangkan agar Zahid menumpukan kes mahkamah yang sedang dihadapi sehingga terbukti tidak bersalah.

"Zahid tidak seharusnya membebankan parti dengan masalah peribadi yang sedang dihadapi.

"Selesaikan masalah dia, kita doakan yang terbaik permudahkan urusan dia mudah-mudahan selamat, tak ada kes.

"Tapi bukan sedikit masa. Kita nak pilihan raya umum (PRU) ini cepat. Pening kepala dia nak turun naik mahkamah. Lebih baik fokus masalah peribadi dia. Jangan bebankan UMNO dengan masalah dia," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!