Mohon jel dikurangkan, keluarga Emilia hantar surat rayuan

Laporan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil: Ezhan Shahril. (Gambar kecil) Ezhan Shahril Hanafi
Laporan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil: Ezhan Shahril. (Gambar kecil) Ezhan Shahril Hanafi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Demi mencari keadilan, ahli keluarga bekas isteri Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal menghantar surat rayuan kepada pihak atasan, tiga bulan lalu.

Adik, Ezhan Shahril Hanafi, 42, berkata, surat berkenaan menyentuh masalah yang dihadapi kakaknya, Emilia Hanafi, 43.

Menurutnya, ia diserahkan sendiri pada Mac namun sehingga kini, mereka belum mendapat sebarang maklum balas.

"Kami merayu agar hukumannya dapat dikurangkan," katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Syariah di sini pada Isnin.

Sementara itu, ibu Emilia turut diberi peluang untuk bertemu anak sulungnya di lokap mahkamah, sebelum dibawa ke Penjara wanita Kajang.

Selepas keluar daripada lokap, wanita itu dilihat mendakap erat kasut putih milik anak perempuannya itu.

"Kasut ni dia kena tukar pakai selipar. Lepas ini, dia (Emilia) akan terus ke (Penjara) Kajang.

"Dia tabah," katanya selepas ditanya mengenai keadaan Emilia.

Pagi Isnin, Emilia menjalani hukuman penjara tujuh hari bermula Isnin kerana dia gagal untuk mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berhubung isu mengubah tarikh lawatan tiga anak, tanpa persetujuan bekas suaminya.

Emilia hadir dengan memakai jubah dan selendang putih, ditahan selepas menyerah diri di pejabat Polis mahkamah pada jam 10 pagi.

Sebelum ditangkap, Emilia berkata, kes yang dihadapinya diharapkan dapat menjadi contoh kepada orang lain.

"Semoga ada pihak yang dapat membantu kes saya di mahkamah," katanya.

Dia juga mengangguk selepas ditanya sama ada bersedia dengan sebarang keputusan mahkamah kelak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!