Mohd Radzi hadiri persidangan UNESCO
PUTRAJAYA - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mewakili Malaysia menghadiri persidangan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) di Paris.
Perkara itu dikongsinya menerusi laman Facebook rasminya pada Selasa.
Mohd Radzi berkata, persidangan itu berlangsung 28 hingga 30 Jun.
"Persidangan pre-summit pada kali ini membicarakan mengenai transformasi pendidikan serta langkah yang dapat diambil bagi memastikan kemajuan dan kemampanan sistem pendidikan," tulisnya.
Beberapa sesi perbincangan dan lawatan kerja khususnya berkaitan transformasi pendidikan akan turut diadakan sepanjang beliau berada di sana.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!