Roboh rumah sendiri elak denda Zionis

Keluarga Youssef Askar terpaksa merobohkan sendiri rumah mereke bagi mengelak denda Zionis.
Keluarga Youssef Askar terpaksa merobohkan sendiri rumah mereke bagi mengelak denda Zionis.
A
A
A

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Sebuah keluarga Palestin bertindak merobohkan sendiri kediaman mereka semalam selepas menerima arahan pemusnahan daripada pihak berkuasa Israel yang mendakwa rumah terbabit dibina secara haram.

Penduduk Palestin di Baitulmaqdis jarang diberikan permit pembinaan oleh rejim Israel dan tiada pilihan lain kecuali membina rumah tanpa kebenaran demi menampung keluarga yang semakin membesar.

Lebih memburukkan keadaan, rejim Zionis turut mengenakan caj perobohan selain mendenda mereka kerana ‘jenayah’ itu.

Youssef Askar berkata, keluarganya tiada pilihan lain dan terpaksa akur dengan arahan tersebut bagi mengelak denda yang lebih besar.

Menurut Askar, rumah keluarganya dibina di atas tanah Palestin di perkampungan Hizma sejak 35 tahun lalu.

Katanya lagi, Israel melakukan beberapa percubaan untuk merampas tanah di kawasan itu namun gagal selepas keluarganya berjaya membuktikan pemilikan di mahkamah.

Bagaimanapun Israel memberi alasan tanah di kawasan itu sebenarnya berstatus 'tidak bertuan'.

Tindakan tersebut dilihat sebagai polisi Zionis untuk menghalau keluar penduduk Palestin bagi meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi berdekatan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!