Ella rasa nervous...

Ella
Ella
A
A
A

MALAM tadi telah diadakan malam pertama persembahan Konsert Ella Unplugged Live In Kuala Lumpur di Istana Budaya.

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah turut sudi mencemar duli menghadiri konsert tersebut yang berlangsung selama dua jam itu.

Ella bermula dengan segmen peace secara akustik. Lagu-lagu yang dinyanyikan seperti Nuri, Layar Impian, Rama-Rama, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan banyak lagi.

Ratu Rock ini juga turut berduet bersama adiknya Korie melalui lagu Pergilah Sayang dan suaminya Kapten Azhar melalui lagu Mendung Tak Bererti Hujan dan Peace.Love.Rindu.

Dalam konsert kali ini, Ella juga tampil dengan lagu asli melalui segmen Love. Antara lagu yang dinyanyikan adalah Sayang Di Sayang, Tak Seindah Wajah, dan Keroncong Kemayoran.

Ella
Ella

Seterusnya, Ella menunjukkan kehebatannya menyanyikan lagu-lagu rock seperti Permata Biru, Kitalah Bintang, Kesal, Bayangan, Pengemis CInta dan banyak lagi yang pastinya menggamit memori.

Artikel Berkaitan:

Paling menarik penonton yang hadir turut menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.

Ternyata dalam umurnya kini Ella membuktikan dia kekal sebagai penyanyi Rock Wanita terbaik negara.

Selain vokal yang mantap, keletahnya yang manja menjentik hati penonton.

“Ella rasa nervous tapi oleh kerana anda semua, Ella akan terus menyanyi,” katanya memulakan konsert yang telah pun sold out selama tiga malam bermula 29 hingga 31 Mac ini.

Ella
Ella

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!