Anak hampir diculik, polis minta Lufya buat laporan
PETALING JAYA - Polis masih tidak menerima laporan daripada pelakon, Lufya Omar berhubung percubaan menculik anaknya yang didakwa terjadi di sebuah padang permainan di Kota Damansara di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid sehubungan itu menasihatkan mangsa tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dibuat.
"Setakat ini kita masih belum menerima laporan sebagaimana dakwaan tersebut.
"Kami nasihatkan mangsa supaya segera tampil untuk membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Lufya menerusi satu hantaran Instagram miliknya pada Selasa mendakwa dirinya cedera akibat dipukul di bahagian kepala dan badan menggunakan kayu oleh seorang lelaki tempatan sekitar jam 4 petang.
Katanya, walaupun mengalami kecederaan akibat serangan tersebut, Lufya berjaya melawan dan menyelamatkan dirinya serta anak perempuannya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Pemandu kereta terbabas elak motosikal keluar simpang
25 Disember 2024 10:02amLelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
25 Disember 2024 09:01amImigresen KLIA tahan kumpulan warga asing elak pemeriksaan
25 Disember 2024 08:23amTular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
25 Disember 2024 06:56am14 pemilik rumah teres terima pampasan RM6 juta
24 Disember 2024 04:40pmSelamat jalan ke negeri abadi, Iman Ramadhani meninggal dunia ketika subuh
25 Disember 2024 12:01amSetiausaha Kabinet Indonesia dikritik timbulkan kekeliruan
24 Disember 2024 07:42pmPempengaruh Man Kulim Peninnggg meninggal dunia
24 Disember 2024 09:45pm