Anak hampir diculik, polis minta Lufya buat laporan
PETALING JAYA - Polis masih tidak menerima laporan daripada pelakon, Lufya Omar berhubung percubaan menculik anaknya yang didakwa terjadi di sebuah padang permainan di Kota Damansara di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid sehubungan itu menasihatkan mangsa tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dibuat.
"Setakat ini kita masih belum menerima laporan sebagaimana dakwaan tersebut.
"Kami nasihatkan mangsa supaya segera tampil untuk membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Lufya menerusi satu hantaran Instagram miliknya pada Selasa mendakwa dirinya cedera akibat dipukul di bahagian kepala dan badan menggunakan kayu oleh seorang lelaki tempatan sekitar jam 4 petang.
Katanya, walaupun mengalami kecederaan akibat serangan tersebut, Lufya berjaya melawan dan menyelamatkan dirinya serta anak perempuannya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Pakar mata PM sewaktu dalam tahanan polis meninggal dunia
25 Disember 2024 09:42pmSuspek bertindak menahan kereta mangsa selepas mendakwa mangsa tidak memberi signal ketika membelok.Bertengkar gara-gara tak beri signal ketika membelok
25 Disember 2024 09:33pmPolis mohon kesan Siti Zaharah, hilang sejak Ahad
25 Disember 2024 07:41pmLori tangki muatan minyak sawit terbabas akibat masalah brek
25 Disember 2024 07:06pmPenganalisis cadang nama KJ
25 Disember 2024 08:00amSelamat jalan ke negeri abadi, Iman Ramadhani meninggal dunia ketika subuh
25 Disember 2024 12:01amKalah kes saman fitnah: Hannah Yeoh wajar letak jawatan
25 Disember 2024 09:45amImigresen KLIA tahan kumpulan warga asing elak pemeriksaan
25 Disember 2024 08:23am